07
DEC
2016

Engineering Camp 2016

eng-camp-01

Pada 4-6 November 2016, telah berlangsung program “Engineering Camp 2016” oleh Jabatan Kejuruteraan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dengan kerjasama Pejabat Exco Pendidikan Negeri Selangor, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah, serta Pusat Jaringan Komuniti Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP) .

Ia disertai oleh 60 orang pelajar sekolah di kawasan sasaran lokaliti.  Program ini juga ingin membantu peserta di kalangan sekolah untuk membangunkan bakat yang ada agar dapat ditonjolkan dalam aspek sahsiah, jati diri, kepimpinan, dan kecemerlangan akademik.  Memanfaatkan kepakaran dalam bidang kejuruteraan yang dimiliki khususnya dari mahasiswa dari jurusan mekanikal untuk membantu dan membimbing pelajar sekolah. Memberikan peluang kepada mahasiswa jurusan mekanikal untuk melakukan kerja sukarela sebagai fasilitator, dan dalam masa yang sama mempromosikan jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Selangor sebagai institut pendidikan yang melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang kejuruteraan.

Disediakan oleh,

Nazlin Hanie Abdullah

Print Friendly
unisel free education malaysia