10
DEC
2016

MyOutcome – Aplikasi Menganalisa Pencapaian OBE Hasil Pensyarah Kejuruteraan UNiSEL

MyOutcome merupakan sebuah aplikasi perisian “Microsoft Excel” yang mana dibina untuk mengira pencapaian CLO dan PLO untuk setiap pelajar secara automatik berdasarkan penilaian kursus masing-masing. CLO atau PLO dikatakan tercapai jika jumlah markah penilaian pelajar adalah lebih besar daripada atau sama dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan dimana berkaitan dengan CLO atau PLO. Keputusan daripada MyOutcome untuk semua kursus ditawarkan dikumpul dan digunakan untuk mengira pencapaian keseluruhan PLO bagi setiap pelajar, kohot dan juga semester . Keputusan MyOutcome adalah berbeza-beza pada peringkat program menggambarkan prestasi PLO keseluruhan pelajar.

MyOutcome telah dibangunkan oleh En. Zulkifli Bin Abd Rahman dan digunapakai oleh Jabatan Kejuruteraan bagi memenuhi keperluan badan MQA, EAC, dan juga jaminan kualiti program yang berterusan.

MyOutcome digunakan untuk membantu dalam menganalisis pencapaian CLO bagi sesuatu kursus yang ditawarkan  menggunakan hasil keputusan formal pelajar daripada peperiksaan akhir, ujian, kuiz, laporan, dan lain-lain.

Hasil analisa adalah petunjuk pencapaian YA atau TIDAK bagi setiap CLO, PLO serta pencapaian GRED untuk kursus.

Pencapaian CLO dan PLO diukur melalui assessment dan delivery method  yang dipilih untuk setiap kursus yang dinyatakan dalam “Course Information”.  Applikasi ini secara automatik boleh mengira CLO dan PLO yang dicapai oleh pelajar untuk kursus masing-masing. Pada template yang sama, pensyarah perlu mengisi borang laporan penilaian kursus kajian (CARR) berdasarkan data yang dihasilkan yang akan digunakan untuk menilai kursus serta penambahbaikan kursus mengikut CLO dan petunjuk PLO.

Print Friendly
unisel free education malaysia