29
DEC
2016

Pemasangan penyaman udara baharu bermula 15 Jun serentak di kedua-dua kampus

1

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) dalam satu kenyataan menerusi ucapan bulanan di Kampus Shah Alam yang telah dipancarkan secara langsung ke Kampus Bestari Jaya mengumumkan proses pemasangan penyaman udara baharu di kedua-dua kampus akan bermula serentak pada 15 Jun ini.

Perkembangan baharu ini adalah sebahagian plan tranformasi yang diusahakan beliau semenjak menjawat jawatan Presiden & Naib Canselor Jan lepas. Keseluruhan peruntukkan bagi tujuan ini dianggarkan sekitar RM15 juta dan ini adalah sebahagian daripada jumlah besar RM44 juta yang telah diperuntukkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Dengan pecahan sebanyak 4 sektor iaitu 3 sektor di Kampus Bestari Jaya dan selebihnya di Kampus Shah Alam, beliau ingin melihat keseluruhan proses pemasangan akan berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, beliau juga berharap dengan pemasangan penyaman udara baharu ini akan bakal memberikan lebih keselesaan buat semua warga universiti selepas ini.

Dalam perkembangan lain, beliau juga menyeru semua warga universiti untuk lebih berkerja keras bagi membina imej dan keyakinan terhadap UNISEL. Ini kerana setiap usaha atau hasilnya nanti pasti menjadikan UNISEL lebih cemerlang pada masa akan datang. Majlis yang berakhir sekitar jam 10.30 pagi ini turut dihadiri oleh keseluruhan pengurusan tertinggi serta warga UNISEL.

Print Friendly
unisel free education malaysia